24/3/2022
Tamat sudah sesi pencalonan dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Malaysians Against Pornography 2022/2024 yang berlangsung pada 19 Mac 2022 yang lalu. Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan tersebut yang dihadiri oleh ahli perwakilan dari Pusat juga dari semua negeri di Malaysia, dimulakan dengan perkongsian aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung sepanjang 2021 di empat negeri utama; Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.
Meskipun diduga dengan pandemik yang berterusan, kami tetap menghargai usaha setiap cabang negeri dan Pusat untuk menyampaikan ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang bahaya pornografi kepada umum. Pastinya tidak semua berjalan seperti yang dirancang, tapi segala usaha yang diberikan dengan maksima terus membakar semangat kami untuk maju ke hadapan.
Bersama itu, kami memperkenalkan barisan Jawatankuasa Eksekutif Sesi 2022/2024 yang bakal menerajui tampuk pimpinan Malaysians Against Pornography untuk penggal ini.
Selamat maju jaya kepada barisan pimpinan baharu, dan
terima kasih atas usaha sepenuh daya yang telah diberikan barisan pimpinan yang lalu.
Seperti biasa, teruskan
HORMATI DIRI,
JAUHI PORNOGRAFI
dan salam 10 hari menuju Ramadan.
Allahumma ballighna Ramadan.
#malaysiansagainstpornography