“DRAMA BERUNSUR LUCAH BUKAN BUDAYA KITA”

21/3/2022

Kenyataan Media
Malaysians Against Pornography (MAP)
Bersama Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

“DRAMA BERUNSUR LUCAH BUKAN BUDAYA KITA”

Baru-baru ini tular di media sosial klip pendek drama Melayu berjudul ‘Perempuan Itu’ yang dijangkakan tayangannya pada bulan Ramadan ini, memaparkan adegan berunsur seksual dan lucah. Walaupun klip video tersebut telah diturunkan daripada media sosial dan pelakon serta syarikat tersebut telah memohon maaf, namun begitu perancangan adegan sedemikian tidak seharusnya dihasilkan sejak dari mula.

Adegan berunsur seksual dan lucah, sama ada secara langsung atau berkias, tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam industri filem dan hiburan. Adegan pornografi seperti ini merosakkan pemikiran anak muda dan paling ditakuti sekiranya ia menjadi ikutan gaya hidup seterusnya budaya dalam kalangan remaja. Ia juga menjatuhkan maruah wanita dan menjadikan wanita sebagai objek seksual.

Kejayaan sesebuah filem atau drama tidak bergantung kepada adegan murahan seperti aksi lucah tetapi mesej yang hendak disampaikan untuk membangunkan masyarakat. Adegan ini jelas mengambil mudah syariat agama dan menimbulkan salah faham terhadap agama Islam disebabkan majoriti pelakon serta syarikat produksinya terdiri daripada orang Islam.

Oleh itu, Malaysians Against Pornography (MAP) dan Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (Wanita IKRAM) dan menggesa:-

1. Pelakon, pengarah, penyunting, dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri perfileman dan hiburan lebih prihatin dalam menjaga batas agama dan nilai masyarakat. Pengisian drama dan filem di Malaysia harus mengetengahkan nilai bermoral tinggi berlandaskan syariat agama dan budaya masyarakat Malaysia. Sebarang pelanggaran etika yang menyalahi budaya dan moral masyarakat Malaysia daripada mana-mana pihak harus diambil tindakan tegas.

2. Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Lembaga Penapis Filem Malaysia perlu meneliti garis panduan agar lebih jelas berhubung perkara ini terutamanya perihal mengukuhkan penguatkuasaan bagi mengelak insiden-insiden seperti ini sama ada di media perdana atau media sosial, berulang kembali.

3. Penggantungan siaran drama “Perempuan Itu” daripada ditayangkan dalam media perdana disebabkan dengan jelas cuba meraih publisiti murahan dan mengandungi unsur-unsur gangguan seksual secara terang-terangan.

MAP serta Wanita IKRAM menyarankan semua pihak untuk bersama-sama membanteras apa sahaja bahan pornografi daripada disebarkan dan menular serta menjadi satu normalisasi kepada masyarakat.

Dr Shamsuriani Mohd Jamal
Pengerusi
Malaysian Against Pornography (MAP)

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

serta disokong oleh

Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (Teratai)
Pertubuhan Penulis Isu-isu Wanita Nasional (PENAWAN)
Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)
Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM)
Pertubuhan Mawaddah Malaysia

#kenyataanmedia
#malaysiansagainstpornography

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
0
PESERTA
0
PROGRAM
0
CAWANGAN
0
NEGERI