Malaysians Against Pornography (MAP)
ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada Januari 2019 dengan fokus kepada pendidikan dan advokasi mengenai bahaya pornografi serta kepentingan pendidikan seksual yang sesuai mengikut usia.
Sejak penubuhannya, MAP telah memperluaskan usaha advokasi kepada lebih 30,000 peserta melalui lebih 300 program di 15 negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia, di samping membangunkan modul pendidikan dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai institusi berkaitan.
“Protecting family, Safeguarding children”
PERTUBUHAN MALAYSIA MEMBANTERAS PORNOGRAFI, atau lebih dikenali sebagai Malaysians Against Pornography (MAP), ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada Januari 2019. Nombor Pendaftaran PPM-012-14-22012019.
MAP memberi tumpuan kepada pendidikan dan advokasi mengenai bahaya pornografi serta kepentingan pendidikan seksual yang sesuai mengikut usia.
Sejak penubuhannya, MAP telah memperluaskan usaha advokasi kepada lebih 30,000 peserta melalui lebih 300 program yang dilaksanakan di 15 negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.
Pendidikan perlindungan diri dan keselamatan digital yang bersesuaian dengan usia.
Kesedaran mengenai pornografi, perubahan diri, keselamatan dan kesejahteraan seksual.
Membantu keluarga membimbing perkembangan reproduktif, seksual dan sosial anak-anak.
Membekalkan pengetahuan, modul dan pendekatan pendidikan yang bersesuaian dengan usia.
Kerajaan • Institusi Pendidikan • NGO • Organisasi Profesional • Komuniti.
Sasaran kanak-kanak prasekolah melalui guru dan pengendali pusat prasekolah
Sasaran kepada kanak-kanak dan remaja berusia 7–15 tahun
Sasar ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak berusia 5 – 12 tahun.
Sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.